Friday 30 January 2015

Resepi Ketam Masak Merah

Salam Jumaat semua. Semoga hari ini lebih baik & indah dari semalam. Hari ini saya nak kongsikan satu resepi iaitu Ketam Masak Merah. Inilah resepi kegemaran suami saya. Sedap dimakan bersama nasi panas-panas. Tambah berkali-kali... Hehehehee..

Sedap diratah macam tu sja..
Bahan-Bahan :

  • 5-6 ekor ketam (direbus separa masak bersama sedikit garam & serai sebatang)
  • Santan @ susu cair (nak masukkan xpa, xmau xpa, ikut selera masing-masing)
  • 1 kulit kayu manis
  • Setangkai daun kari
  • 3-4 daun limau purut
Bahan-Bahan kisar :
  • 2 biji bawang besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 1 ulas kecil kunyit
  • 1 batang serai
  • 14-15 tangkai cili kering yang dibuang biji

Cara-cara nak masak :
  1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar di atas.
  2. Kemudian masukkan pula 1 kulit kayu manis, setangkai daun kari & daun limau purut
  3. Masak sampai pecah minyak & naik bau harum.
  4. Masukkan ketam,santan @ susu cair(jika suka), saya tak letak.
  5. Kacau sampai kuah mendidih dan menjadi agak pekat.
  6. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula. Agak-agak dah serasi rasa.
  7. Tutup api dan apa lagi sedia untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN SEMUA....





Thursday 22 January 2015

Ajar ngaji Alif Baa Taa


Comei budak kecik ni ngaji..teringat ngan arwah ayah,,tp arwah ayah tak segarang ayah bdk kecik ni.. :-).. AL FATIHAH utk arwah ayah yg sentiasa dirindui dan sentiasa dlm titipan doaku..AMIN..

Nasi Ayam Special Bonda Hawa

Salam..hai kwn2, hari ni sy nak kongsi satu menu yang biasa kita dgr & masak iaitu nasi ayam. Kenapa sy letak nama Bonda Hawa? Sebab resepi ni dari rakan satu opiz masa sy bertugas di Jab.Kastam 2 thn lps merangkap 'ibu' saya di sana. :-) .. Ternyata AMAT senang dimasak & AMAT sedap !!! Dah berkali-kali sy masak nasi ayam ni.. :-)

Saya teruskan ke langkah-langkah penyediaan nasi ayam yerr..

tadaaa...menyelerakan..


Langkah Pertama :
  • Rebus ayam
  • Masukkan bunga lawang + bahan tumis (bawang putih & halia)
  • Sesudah rebus, angkat & letakkan serbuk kunyit sedikit + kicap manis + kicap pekat
  • Gorengkan. (Goreng sekejap sja, kalau goreng lama ayam akan jd keras)
  • Agk2 kuning, Angkat. 
ayam yg siap digoreng

Langkah Kedua (Untuk nasi) :
  • Beras (5 pot)
  • Masukkan air rebusan ayam (4 cawan) + air biasa (3 cawan) ke dalam rice cooker.
  • Masukkan daun pandan
  • Masukkan serai titik (4 batang)
  • Masukkan kiub ayam
  • Sedikit garam
Sementara mendidih nasi tersebut :
  • Blenderkan bwg putih (5 ulas) + bwg besar (5 biji) + halia 1 inci
  • Panaskan kuali, masukkan minyak @ marjerin
  • Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih bersama bhn blender di atas.
  • Masukkan serbuk kunyit sedikit
  • Agak2 kuning, angkat & masukkan dlm rice cooker
  • Kacau sebati.
nasi yg siap dimasak

Langkah Ketiga (Untuk sup) :
  • Bahan sup (daripada air rebusan ayam iaitu lebihan dari masak nasi td)
  • Masukkan bwg putih, halia, rempah sup, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, 1 kiub ayam, garam, lada sulah dan akhir sekali daun sup
sup ayam

Langkah Keempat (Untuk sos merah) :
  • Cili hidup (merah) 10 biji - 15 biji + bwg putih diblender
  • Sedikit garam, sedikit gula, sedikit cuka (agak2 la yerr)
  • Sos cili & sos tomato
  • Bahan2 di atas masakkan dlm kuali agar lebih sedap & rasa yg mengancam
Sos merah


Langkah Kelima (Untuk sos kicap) :

Kalau kwn2 xnak pedas. Caranya :
  • Ambil sedikit sup yg telah siap td + kicap manis + kicap pekat
  • Siap
Kalau kwn2 nak pedas & memikat. Caranya:
  • Cili padi + bwg putih (diblender)
  • Tambah kicap manis, sedikit gula.
  • Masakkan & masukkan sedikit air asam limau
  • Biarkan mendidih
  • Siap
Sos kicap versi pedas

Untuk bahan2 sampingan mcm biasalah yerr tomato, timun & salad.

Salad..tomato..timun
Simple kan kwn2. Lps ni boley la mencuba resepi memikat, mengancam & meletop nie. Heheheee.. Selamat memasak..









Wednesday 21 January 2015

Menyegarkan taugeh


Hai semua. Mlm ni sy nak kongsi mcm mana nak bg taugeh segar walaupun kita simpan taugeh smpai 2,3,4 hari. Taugeh akan segar berhari-hari sekiranya dicampurkan perahan air limau nipis ke dlm tmt merendam taugeh. Akan tetapi, pastikan kwn2 tukar airnya setiap hari.
Selamat mencuba yerr kwn2... :-)

Tuesday 20 January 2015

Khasiat Asam Jawa

Salam semua..harap2 suma baik2 ja yerr mlm ni. Mlm ni sy nak kongsi pasai khasiat asam jawa. Asam jawa bukan saja digunakan dlm makanan. Contoh,nak msk tomyam,mesti perah sket asam jawa bg masam2 sket. Nak bt sambal sotong ka sambal ikan bilis ka sambal udang ka mesti kita akan perah asam jawa bg melengkapi rasa. Btl kan?


 Tapi mlm ni sy nak share sket khasiat asam jawa selain dari masak memasak. Antaranya,jika kwn2 menghadapi masalah tangan & hujung kuku bewarna hitam akibat dari gosok & cuci periuk belanga ka lps masak. Caranya,sesudah selesai menggunakan asam jawa ketika memasak, ramas2 hampas asam jawa dgn tangan terutama pada bahagian yg kotor. Selalu lakukan nya, pasti hitam2 yg melekat di kuku tu akan hilang.



Asam jawa juga baik digunakan utk mengatasi masalah tumit kaki yg sering pecah-pecah & bewarna kehitaman. Caranya,bersihkan kaki. Sesudah itu, sapukan sedikit asam jawa, lumuri sekelilingnya dan biarkan utk beberapa minit. Selepas itu, cucilah dgn air biasa. Lakukan sblm tdo & pasti masalah kaki hitam & pecah-pecah itu dpt diatasi dgn izin-Nya. InsyaAllah.

Selamat mencuba yerr kwn2 suma !!






Butterwoth ke Kuala Lumpur

Salam. Hai kwn2 suma. Trip sy kali ni dgn suami tersayang pada weekend yg lps. Kami ke KL naik keretapi Tanah Melayu (KTM) dari Butterworh ke Kl Centre. Amat berbaloi. Hehehe. Sememangnya kami berdua suka mencuba sesuatu yg baru. Selalunya kami p KL naik bas ekspress atau flight ja (tu pun kalo ada tambang murah).
Kami di Stesen Keretapi B'worth sebelum bertolak

Kami naik tren Senandung Langkawi. Tren bertolak dr Stesen B'Worth tepat pukul 10.20 mlm. Kami book 2 katil (bahagian atas). Sepanjang perjalanan ke KL apa lg kami tidoo ja lah. Tambang RM40.00 seorang (utk katil bahagian atas). Tambang RM46.00 seorang (utk katil bahagian bawah). Beza harga RM6.00. Tepat pukul 5.45 pg kami sampai KL Centre.Kami solat subuh & mandi/membersihkan diri (RM5.00 seorang) di KL Centre.


Kami di KL Centre sesudah sampai

Kemudian dlm pukul 7.00 pg kami naik LRT ke Pasar Seni. Sampai di sana kami meronda sakan la, Sementara nak tunggu petang nak ke Port Klang atas urusan kerja suami. Kami menghabiskan masa ke Petaling Street, Bazar Karat, CM, Sogo, Jln TAR & KLCC.


Di Bazar Karat

Depan Kasturi Walk

Pasar Malam Jln TAR. Jom mkn aiskrim tongkat

Kemudian, dlm pukul 3.30 ptg, kami bertolak ke Port Klang ngan Komuter dari KL Centre. Harga tiket RM4.30 seorang. Keesokannya, kami bertolak blk B'worth dengan menaiki Bas Ekspress Inter City. Bas double deck. Harga tiket Puduraya ke B'Worth RM35.00 seorang. Bahagian bawah penumpangnya adalah motor2 yg dipos oleh ke tempat masing-masing. Jadi, sesiapa nak pos moto ke Utara leh la guna perkhidmatan Bas Ekspress Inter City. Bas yg amat selesa. Ada plug bleh charge handphone ka, ipad ka laptop ka dialu-alukan. Hehe. Maklum la VVIP seat. Leh layari laman web di sini :
http://www.catchthatbus.com/bus-operator-intercity-coach

Selesai sudah coretan yang tak seberapa ni. Perkongsian saya utk anda suma. Kita jumpa lagi coretan seterusnya. Insya Allah, saya akan berkongsi pengalaman kami suami isteri bercuti di Bali & Medan pula lps ni.

Terima kasih... ('',)...

Monday 19 January 2015

Resepi Apam Susu

Apam Susu
(Versi sy sndiri yer kwn2)


nampak canti sgt bila dh siap kukus

nampak canti sgt bila dh siap kukus

bila dh dipotong..siap utk dimkn..nyum..nyum..



Bahan-Bahan :
  • 4 biji telur ayam
  • 1 cwn gula kastor
  • 1 sudu besar ovalete
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 2 cwn tepung gandum
  • 3 sudu besar minyak masak @ minyak zaiton

Cara-Cara :
  • Telur + gula + ovalete + esen vanila (putar hingga putih & kembang)
  • Masukkan susu & putar lg
  • Kemudian, tepung & putar lg
  • Seterusnya masukkan minyak & putar sehingga betul2 sebati
  • Bahagikan kpd beberapa bahagian utk letak pewarna kesukaan (kalau nak guna doh yg asal pun xpa)
  • Masukkan dlm bekas & kukus selama 40 minit


SELAMAT MENCUBA YER KWN2... :-)









Mereka insan ISTIMEWA




Mereka insan ISTIMEWA..bahang2 AJL 29 semalam masih terasa dengan penampilan Caliph Busker.. Saya memang tertarik dengan persembahan yang ditunjukkan..bersahaja dan bertenaga..Semoga mereka sentiasa di hati peminat dan terus sucsess..chaiyokk Caliph Busker..

Petua Elakkan Ikan Bakar Melekat Pada Kuali/Pemanggang Baru

Hai kwn2..kat sini sy ada tips bagi mengelakkan ikan grg melekat pd kuali baru..
Tipsnya adalah kuali baru dipnskan dan goreng sedikit hampas kelapa tanpa menggunakan minyak sehingga hampas itu kekuningan. Kemudian,basuh kuali itu sebelum digunakan utk menggoreng ikan.

Tips ni pun boley dipraktikkan semasa berperang kat dapuq yerr..semasa panaskan minyak, masukkan sedikit garam halus dalam minyak tersebut. Kemudian, barulah menggoreng..ikan goreng pasti takkan melekat di kuali..

Selamat memasak yerr semua... :-)

Sunday 18 January 2015

Pembuka Bicara

 

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Terima kasih meluangkan masa untuk membaca blog ini.

Tercetusnya idea untuk membina blog ini adalah atas usaha suami tersayang yang ingin berkongsi pengalaman-pengalaman melancong ke Bali & Medan. InsyaAllah pada bulan Mei ni pulak kami akan ke Krabi.

Di samping itu, di sini jugak adalah medan untuk berkongsi resepi kerana memasak adalah hobi saya dan apa-apa saja yang boleh memberi manfaat kepada kita semua. Selamat membaca blog saya dari sekarang hingga ke hari -hari seterusnya..

---zihacarissa---