Thursday 5 March 2015

Mengenang Zaman Angau-Angau Dulu dgn My Soulmate



BILA BULAN BERWARNA BIRU (ARAB & AIDIT)


Malam bulan berendang
Berwarna biru di cermin kali
Mata air memancar
Mengilap mata yang lama kabur

Derita perlakukan
Gerlapan malam
Di kaki gunung bertudung kabus
Syahdu lagu berdendang
Melamar kasih sayup membisik
Membelai sukmaku
Berkurun rindu agak pendita

Berkilau sinar
Maya yang menderu
Membakar bahu musafir
Di lembah duka nestapa

Kini kasih kembali
Sekilas mentari
Sepi di ranting yang amat tinggi
Sekadar menemani
Jiwa tersadai
Di belantara sepi

Merayu pada yang maha esa
Agar dikurnia cahaya
Cinta kekal selama

Ku sepi...


Saturday 28 February 2015

Padi Menguning Perahu-Perahu Bersantai di Pulau Sayak

Assalamualaikum.. Selamat hari minggu kawan-kawan semua..
Entri kali ni sy nak menceritakan keindahan Pulau Sayak, Kedah. Pulau Sayak ni terkenal dengan mee udang banjir yang tip top. Pulau Sayak ni jugak salah satu tempat untuk melihat anak bulan. Erhm, kena mendaki tangga la kalau nak merasai pengalaman melihat anak bulan. 
Pulau Sayak terletak lebih kurang 20 minit dari rumah mertua sy iaitu di Kota Kuala Muda.
Jom kita layan gambar-gambar yg sempat sy snap.. ('',)..

Keindahan sawah padi sepanjang laluan ke Pulau Sayak
Sungguh indah ciptaan-Nya
Sunhanallah..tenang..
Cantik kan??
Kami suami isteri merempit ja..sambil amik angin petang
Perahu2 berlabuh menanti senja
This is Pulau Sayak
Keindahan yg x leh dibeli

my soulmate..('',)..











Apa la yg dibuat tu my luv??

Jernih kan air laut Pulau Sayak??



Senja makin menjelma
Matahari nak terbenam

Subhanallah..cantik sgt..
Mendamaikan..

Senja pun nak menjelma..matahari dah nak menyembunyikan diri, kami pun nak balik rumah dah. Sebelum balik kami singgah dulu ke Warung Mak Tam utk menghilangkan dahaga. Mee udang banjir Mak Tam mmg marveless... tp ptg tu kami pekena ais kacang ngan laksa saja sbb masih lg kenyang.. ('',)..tp still sedapp..nyum2..

Laksa + ais kacang + Neslo Ais
Sila lah dtg ke Warung Mak Tam
Menu bersama harga..rugi kalo dtg Pulau Sayak x singgah 
Warung Mak Tam..murah2 sja..

Sekian coretan kali ini..Jumpa lg di entri lain akan dtg..Assalamualaikum...('',).

With Love Zihacarissa..






Friday 20 February 2015

Membersihkan seterika (iron) yang kotor

Salam hari Jumaat kwn2.
Entri kali ni sy nak bg petua sket mcm mana nak hilangkan kotoran kat seterika yg kotor.


Caranya, taburkan sedikit garam halus kat atas kertas tisu, kemudian gosok pada tapak seterika yang kotor. Lakukan beberapa kali sampailah kotoran itu hilang 

Selamat mencuba yer kwn2..

Saturday 14 February 2015

Kembara Ke Medan, Indonesia

Salam semua..Harap kwn2 semua sihat2 blaka yerr..
Entri kali ni baru sempat sy update kembara kami suami isteri ke Medan, Indonesia pada 12 Disember 2014 hingga 17 Disember 2014 yang lalu.

kami di airport Penang sebelum fly..
Perjalanan kami bermula pada 12 Disember 2014 malam. Kami terbang dari Penang International Airport tepat jam 9.45 mlm. Tepat pukul 10.15 mlm lbh kurang 30 minit perjalanan kami sampai di Kuala Namu International Airport. Utk pengetahuan semua waktu di Medan adalah kurang sejam dari waktu di Malaysia yerr kwn2..Kami naik teksi 180,000 rupiah dari airport ke Grand Sakura Hotel. Bermalam di sana utk 1 malam.
bilik Grand Sakura Hotel
draw duit kat CIMB niaga di hadapan hotel

kami dpn Gran Sakura Hotel bersama pakcik yg bwk 'becak'
Pakcik ni la bwk kami dari hotel ke stasiun keretapi Medan 
sempat jalan2 berdekatan hotel carik adaptor
market di celah-celah bangunan hotel
naik 'becak' dari hotel ke stasiun ketapi 20,000 rupiah
Hari Kedua 13 Disember 2014, kami bertolak dari Grand Sakura Hotel naik 'becak' roda 3 ke Stasiun Keretapi Medan. Perjalanan kami pada hari ni untuk ke Siantar dgn menaiki keretapi dari Medan ke Siantar. Ambil masa lbh kurang 3 jam. Keretapi tepat bertolak pukul 1.40 ptg. Sampai di Siantar lebih kurang pukul 4.50 ptg. Tiket keretapi suami saya beli online dari Malaysia. Amat mudah skali kan kwn2. Harga 20,000 rupiah seorang.
Stasiun Medan
tunggu keretapi sampai
depan kaunter tiket

keretapi dah sampai
Sepanjang perjalanan dgn keretapi tak bosan langsung sbb banyak tidur..hehe..kiri kanan sawah padi, rumah-rumah kampung dan hutan menjadi santapan mata. Dalam keretapi disediakan plug (2 plug), boleh la cas henpon ke ipad ke camera ke.

Keadaan dlm keretapi
Kakitangan keretapi sedang checked tiket
Lawa kan? sawah padi tgh subur di bumi Medan
Rumah2 orang kg di sana
Sawah padi lg
Kira2 4.50 ptg sampai di Pekan Siantar. Kami redah cari public transport nak ke Parapat. Dari Stasiun Siantar kami naik 'angkut' 10,000 rupiah ke Terminal Haltra. Sampai ke terminal kami naik Bas Sejahtera 24,000 rupiah untuk ke Melissa Palace, Parapat. Bas Sejahtera tu macam bas mini kat Malaysia ya kwn2. Himpit2. Penuh orang baru jln.Barang2 dan beg2 depa campak ja di belakang bas.hehehe. Jalan pulak nak ke Parapat berbelit2 lbh kurang mcm jln ke Cameran Highland. Erhm, tawakal sja dalam bas. Dah la laju mcm nak drife..heheh..
Tapi sebaik sja sampai di Parapat, MasyaAllah permandangan sgt cantik. Macam di New Zealand sja. Kami sampai lbh kurang pukul 7.30 ptg. Kat sana 7.30 ptg dah gelap. Bas hantar kami sampai depan Melissa Palace. Kami menginap di sini 1 malam. Malam di Parapat sangat sejuk. Maklumla tempat dia bergunung ganang.
Keadaan dlm Bas Sejahtera.Uzur kan kwn2.
X mcm bas rapid di Malaysia.
Dari kejauhan nampak Pulau Samosir dikelilingi Danau Toba.
MasyaAllah cantik sgt Parapat di pg hari.
Cantik & mengagumkan
Dari bilik hotel kami
Hari ketiga 14 Disember 2014 selepas checked out dari Melissa Palace, kami berjln kaki lebih kurang 5 minit saja nak ke Jeti. Dari jeti, kami beli tiket untuk ke Pulau Samosir dengan menaiki feri meredah Danau Toba. Harga tiket 30,000 rupiah. Perjalanan dari Parapat ke Pulau Samosir mengambil masa lbh kurang sejam. Permandangan Danau Toba sangat2 mengagumkan. MasyaAllah lawa sangat. Feri ni 2 tingkat. Feri hantar sampai di depan hotel kami menginap iaitu Carolina Hotel.
Jeti Parapat sebelum naik feri
Udang galah Danau Toba kat Jeti Parapat
Atas feri
Cantik sgt Danau Toba
Permandangan tingkat 2 atas feri
Hotel2 di Pulau Samosir
Sampai saja di hotel, kami checked in. Selepas ckecked in & rehat sebentar kami melilau sekitar hotel untuk cari motosikal nak ronda-ronda keliling Pulau Samosir ni. Kami sewa motor 7 jam sebanyak 90,000 rupiah. Minyak sendirian berhad.Hehee. Kami singgah di Hotspring, Muzium Batak dan Kerusi Batu. Kami ronda lebih kurang pukul 1 tghri sampailah pukul 6.30 ptg.

this is Pulau Samosir..cantik kan ciptaan Ilahi??
dating naik motor
dgn anak2 orang Batak. depa ni on da way nak p Gereja

hutan pokok jns panjang2
permandangan dari atas pulau
di Carolina Hotel
sawah padi di lereng2 bukit
sawah padi vs Danau Toba
Jeti Pelabuhan Magong
Subhanallah
Sawah Padi lg

Muzium Batak
Kerusi Batu
Bilik kami
Carolina Hotel bertentangan dengan Danau Toba
Penginap hotel mandi manda di Danau Toba

Hari keempat 15 Disember 2014, kami checked out dari Carolina Hotel. Perjalanan kami hari ni nak ke Brestagi pulak. Lepas checked out, kami naik feri di Jeti Hotel Carolina ke Parapat. 
Sampai di Parapat, kami amik teksi 300,000 rupiah ke Brestagi. Jalan mcm biasa la berbelit-belit. Kami tak singgah di Air Terjun Siposo Poso. huhuu..Driver tu bawak kami terus ke Pasar Buah, Brestagi. Perjalanan amik masa 3 jam dari Parapat ke Brestagi.
Sampai di Pasar Buah Brestagi kami singgah makan jagung bakar dulu. Sedap. Kat situ ada berbelas-belas kuda.Sesiapa nak naik kuda boleh la. Cuaca sejuk mcm Cameron Highland. Nyaman sungguh.
Selepas pekena jagung bakar, kami terus ke hotel kami nginap dengan menaiki 'angkut'. Di sini 'angkut' sntiasa lalu, tahan sja,mesti depa berenti. Tambang 9000 rupiah dari Pasar Buah ke hotel kami nginap mlm ni. Kami nginap di Mikie Holiday Resort.

jagung bakar..sedap..
hotel kami di Brestagi
Bilik hotel
Pasar Buah
Sempat beli 4 jenis benih bunga kat makcik ni
Shoping baju di Brestagi lg selesa dari shoping di Medan
Kami dh checked out dari Mikie Holiday Resort
Hari kelima 16 Disember 2014, selepas breakfast di hotel kami pergi shoping di Brestagi. Pukul 12 tghari kami checked out dari hotel untuk ke Medan pula. Kami naik van dari Brestagi ke Medan. Masa lebih kurang sejam setengah utk ke Medan.
Sampai di Medan, kami terus ke D'Prima Hotel untuk checked in kat situ pulak. D'Prima Hotel ni 1 bangunan dgn Stesiun Keretapi. Ini utk memudahkan kami nak bwk byk barang masa nak balik besok.hehehhh..
Pada petang hari kami jln kaki ronda2 di Merdeka Walk dan Pajak Ikan. Kami sempat makan di Restoran Garuda (femes org Malaysia dok mkn situ). Pastu trs p ronda kat Centre Point. Padahal x beli apapun. Ronda tgk2 cuci2 mata ja.

Merdeka Walk
Sempat beli Pisang Keju Crispy di Pajak Ikan
Restoran Garuda
Depa mai hidang lebih dari 10 mata. kita bayaq apa yg kita mkn saja.
Lauk yg x disentuh x pyh byq.
Centre Point & Stasiun Keretapi Medan
Dalam Centre Point mcm shopping compleks di Malaysia jgk.hihii..
Hari keenam, hari terakhir di MEDAN 17 Disember 2014. Selepas breakfast di hotel (Starbuck Cafe), kami ronda untuk kali terakhir di Medan. Sempat beli cenderahati utk saudara n kwn2 di Penang.
Pukul 12 tghri kami checked out dari hotel dan terus ke Stasiun Keretapi utk ke Kuala Namu Airport. Tepat pukul 1.30 keretapi bertolak. Masa lebih kurang sejam utk smpai ke Kuala Namu Airport. Sampai di airport, kami checked in beg & bayar tax sebanyak 200,000 rupiah seorang. Flight kami lebih kurang pukul 2.35 ptg. Sampai dengan selamat di Penang lbh kurang 4.15 petang.

beli toko goreng sos..sdp jgk..
Keadaan dalam keretapi. macam ERL.
kat stesiun keretapi
Kat Kuala Namu Airport
Selamat Tinggal Kota MEDAN

Alhamdulillah, selesai sudah coretan saya utk berkongsi dgn kwn2 semua mengenai percutian kami penuh adventure di negara org. InsyaAllah, kita bertemu di entri yg lain pulak yer kwn2. Assalamualaikum...('',)...